Sunday, July 16, 2017

PERTANDINGAN TULISAN KHAT (SEK. MEN)

PERTANDINGAN TULISAN KHAT (SEK. MEN)
TARIKH         :           27 JULAI 2017 (KHAMIS)
MASA             :          3.00 PTG – 5.30 PTG
TEMPAT       :          ARAS ATAS,  PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS,
JLN PENJARA, KANGAR

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang peserta. Pertandingan dijalankan secara individu.

2.Tajuk tema yang diberikan adalah “BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”.  Peserta perlu menggunakan tulisan jawi. Pelajar adalah bebas menggunakan mana-mana jenis tulisan khat dan awan larat yang bersesuaian mengikut kreativiti masing-masing seperti khat nasakh, dewan, kufi,tuluth,farfi dan rakaah.

3.Setiap peserta perlu membawa sendiri peralatan menulis khat. Peserta bebas untuk menggunakan pensel / marker pen / pen khat / berus / buluh mengikut kreativiti masing-masing. Pihak penganjur hanya menyediakan kertas lukisan bersaiz A3 sahaja.

4.Markah berdasarkan tulisan, kreativiti, kekemasan dan kebersihan.

5.Masa yang diberikan adalah 1 jam 30 minit.

6.Keputusan juri pengadil adalah muktamad dan penganjur berhak meminda mana-mana syarat-syarat peraturan dari semasa ke semasa.


7.Sila hantar borang penyertaan kepada pihak urus setia, Karnival Membaca Perlis, Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Jalan Penjara, 01000 Kangar Perlis @ faks ke      04-9760906 sebelum atau pada 20 Julai 2017 (Khamis). Maklumat lanjut sila hubungi En. Rashid Haron 0195663929 / Pn. Zairina Hashim 0174696110. No. Faks 04-9760906. URL : http://karnival membacaperlis2017.blogspot.my

No comments:

Post a Comment